setelah hampir 3 bulan lamanya..akhirnya kami berjaya jugak mengumpul modal sendiri untuk tujuan ini (setelah permohonan pinjaman wang dengan Bank Rakyat tempohari ditolak mentah2..:( )
dan semalam kami ke Kuantan..bertujuan untuk menukar sejumlah wang yang ada di dalam akaun ASB ke dalam bentuk sijil
dalam tempoh tak sampai 10 minit dan dengan bayaran sebanyak RM10 sahaja..saya berjaya memperolehi sijil ASB yang diidamkan..dalam pada tu, sempat jugak saya bertanya pegawai di kaunter tersebut
"lepas ni boleh ke saya nak keluarkan duit dalam akaun ASB ni? "
dan jawapan yang saya perolehi
"kalau nak keluarkan kena datang sini balik untuk batalkan sijil ni"
dan saya mengangguk tanda paham :P
sijil ini nanti bakal saya bawa ke RHB pada hari Ahad nanti untuk memohon kemudahan OD..
semoga dipermudahkan segalanya.
Saturday, April 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment