Monday, April 20, 2009

kenangan sewaktu berpantang

Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman setelah membaca dilema yang dihadapi oleh Mama Adib menjelang tempoh hendak bersalin samada berpantang di kampung atau dirumah sendiri

saya sendiri tak pernah merasai pengalaman berpantang di kampung. Saya memilih untuk berpantang di rumah sendiri dengan alasan tidak sampai hati meninggalkan Mr Hubby berseorangan. Sewaktu adik beradik saya dah mula bising untuk saya balik dan berpantang di kampung, saya mengadu kepada Mr hubby sambil menangis (adakah saya meroyan?)

alasan lain adalah disebabkan keadaan dan persekitaran di kampung yang pada pendapat saya tidak begitu privacy. Kalau di rumah sendiri, saya boleh menyusukan anak saya bila2 masa tanpa perlu memikirkan orang2 sekeliling. Boleh selak sesedap rasa :P

Alhamdulillah, sewaktu berpantang anak pertama, saya mendapat seorang pembantu rumah tempatan. 2 minggu sebelum bersalin, saya bersama Mr Hubby dan ditemani ibu saya keluar masuk kampung untuk mencari pembantu yang boleh menjaga saya sewaktu berpantang. Selang seminggu sebelum bersalin, saya mendapat pembantu yang diingini.

Umurnya dalam lingkungan 16-17 tahun. Walaupun masih muda, tapi sangat cekap membuat kerja. Lagipun, dia anak orang susah dan penah bekerja menjaga anak orang lain sebelum bekerja dengan saya. Selang 3 bulan, dia mula menyuarakan hasrat untuk berhenti menjadi pembantu rumah dan bekerja di kedai kasut berdekatan.

Sewaktu berpantangkan arissa, saya sudah berpindah di kawasan lain. Kali ini, saya turut mendapat pembantu tempatan tetapi hanya bertahan untuk selama 3 hari sahaja. Nak tau kenapa? alasan yang diberikan adalah kerana tak sanggup membasuh kain baju anak saya menggunakan tangan. Mujurlah mertua saya boleh menjaga saya sehingga habis tempoh berpantang. Terima kasih mak!

Kini, anak saya telah dijaga oleh pembantu rumah Indonesia. Nak tak nak, pembantu rumah saya kenalah menunggu selama 2 tahun mengikut kontrak, bukan 3 hari mahupun 3 bulan seperti yang dilakukan oleh pembantu rumah tempatan saya sebelum ini :)

2 comments:

lia said...

kenangan pantang yg sgt xbesh ha3... xboleh d ingat, nnt aku meroyan... ;p

miz_eda said...

lia,
mind sharing your experience? tingin gak nak tau :)