tahun ini adalah merupakan tahun ke-2 saya menggunakan perkhidmatan e-filing untuk mengisytiharkan pendapatan saya.
Dan sehingga kini juga saya masih tertanya2 akan ketelusan sistem yang digunapakai bagi mengetahui kesahihan data yang dimasukkan dalam sistem tersebut. Berikut adalah merupakan persoalan yang sehingga kini masih belum terungkai ;
1) Jika saya memilih untuk membuat penilaian secara berasingan, bagaimana sistem ingin megetahui bahawa pelepasan anak tidak digunapakai oleh kedua-dua pasangan samada di pihak suami atau isteri? Sebagai contoh, saya mempunyai 2 orang anak, jika saya memilih untuk membuat cukai secara berasingan, bolehkah saya menuntut RM2000 sebagai pelepasan anak? adakah sistem itu 'clever enough' untuk mengetahui suami tidak menuntut pelepasan yang sama ke atas anak2?
2) Persoalan yang sama seperti di atas, bagaimana pula dengan insurans ke atas anak2? Sebagai contoh, sebelum ini, suami membayar insurans sebanyak RM200 setiap bulan (bersamaan RM2400 setahun). Bagaimana sistem ingin mengetahui bahawa pelepasan terhadap insurans hanya boleh dituntut oleh suami saya sahaja?
3) Untuk pembelian majalah, derma etc, berapa lamakah masa yang harus ditunggu untuk melupuskan kesemua resit-resit yang ada untuk tujuan penyemakan oleh pihak LHDN?
4) Seandainya kami mempunyai side income, dan kami memilih untuk tidak mengisyhtiharkannya di dalam e-borang, adakah sistem yang digunapakai itu 'clever enough' untuk mengetahui akan perkara itu?
Sekian.
Tuesday, April 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
setakat pengetahuan akula.. klu buat berasingan, mmg suami dan isteri blh minta pelepasan utk anak (ini org accounting yg bgtau, diorg mmg blaja benda nih).tu pasal diorg kata lagi untung buat berasingan.
klu insuran, setau aku, bergantung pada insuran tu bwh nama sape (yang bayar) dia yg bleh claim.. yg lelain tu, based on trust and dia akan pick randomly, siapa yg dia nak check.. kawan aku pernah kena husband n wife..
part sampai bila nak simpan resit, yg tu aku x pasti..
conclusionnya, bkn sistem tu pandai sgt..
BZmum,
owh..part pelepasan anak husband & wife blh claim ek?
nampaknya tak perlu aku bayar cukai this year :)
oh ye? aku tak tau plak dua2 bley tuntut.. punya la laki aku bagi sume anak kat aku.. cis.. kalau dia dapat jugak, harus byk dapat refund..
salam..
1-Betoi..berasingan lagi more benefit sebab each individu akan dapat pelepasan rm8,000. kalau combined assessment akan dapat RM8,000 saja. Untuk system pulak whether dpt detect ttg anak nya pelepasan, sy tak sure:)
2-sy tak sure
3-IRB mewajibkan kita simpan resit2 selama 7 tahun and boleh dilupuskan after that. Ini utk tujuan verification by them.
4-sy rasa system tak leh detect.
Yan,
kalo rajin blh call LHDN..silap hb dapat ler refund :)
Suhainini,
salam kenal..and thanks for dropping some comments..:)
tang nak simpan resit sampai 7 thn, silap2 tak sampai 2 tahun karbon pada resit tu yang lesap nanti :P
Post a Comment