selesai saya menonton keliwon semalam, saya bergegas ke dalam bilik. Sebelum tidur, saya berbual bersama Mr Hubby. Topik perbualan kami kali ini adalah mengenai kes rompakan bersenjata api yang berlaku di 2 buah kedai emas yang terletak tak jauh dari kawasan kami tinggal.
Menurut Mr Hubby, ada beberapa kes samun yang terjadi beberapa hari sebelum berlakunya kejadian rompakan bersenjata di kedai emas tersebut dan ianya turut dilakukan oleh perompak yang sama
Kisah si perompak ini ada terdapat di dalam harian Metro keluaran beberapa minggu lepas mengenai bagaimana pihak polis berjaya mengesan perompak terbabit apabila si perompak berhajat menjual emas yang dirompak kepada tauke kedai emas di Kemaman.
Perompak tersebut yang telah ditangkap, merupakan seorang penghuni yang tinggal tidak jauh dari kawasan tempat kami tinggal ini. Menurut Mr Hubby, ayah si perompak merupakan pengurus kepada satu-satunya driving school yang terdapat di kawasan ini. Menurut mr Hubby lagi, ayah si perompak itu adalah seorang yang alim dan langsung tak nampak ciri2 di mana anaknya adalah seorang perompak.
Yang menyedihkan, pada hari kejadian di mana polis hendak membuat serbuan di rumah pakcik tersebut, Mr Hubby menceritakan bahawa pakcik itu mundar mandir di kawasan driving school, seolah2 dalam keadaan gelisah sementara hendak menunggu pihak polis membuat serbuan di rumah untuk menangkap anaknya.
Dalam kegelapan malam, saya mermanggu dan terikir akan cabaran dalam mendidik anak pada hari ini, kadang2, mungkin kita rasa dah buat yang terbaik untuk mendidik anak2, tapi apa yang terjadi adalah sebaliknya..
semoga keluarga dan anak2 kita dijauhi dari perkara2 sebegini
Friday, April 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
owh nmpknyer hasrat nak tgk keliwon telah terlaksana ya setelah 3minggu terlena d buai mimpi... siap sambung borak2 dgn en suami 2 he3... (gelak mlm jumaat)
lia,
bukan selalu dpt peluang berborak..itu pun blom habis nak korek citer Mr hubby dah lena :P
Post a Comment