Tuesday, April 21, 2009

mata saya nampak lipas

hari ini sahaja 2 kali saya terserempak dengan lipas

dalam kejadian pagi tadi (macam laporan dalam berita la pulak), selesai saya memberus baju di dalam bilik mandi, tiba2 mata saya terpandang sesuatu sedang merayap di dinding. Nak tau apa?!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
seekor lipas!!!!! (besar pulak tu)

dalam keadaan berhati2, (takut lipas tu terbang selepas menyedari kehadiran dia disedari oleh seseorang :P) cepat2 saya bukak pintu bilik mandi (nasib baik pintu bilik saya tertutup :P ), ambil baygon dan halakan muncung dan terus spray pada lipas tersebut

Lipas tu terbang sekejap dan terus terjatuh ke dalam bath tub. Sedang lipas tu bertarung nyawa, cepat2 saya ambil semua kain baju yang dah selamat diberus dan masukkan ke dalam baldi untuk dibilas oleh bibik. terus terbantut hasrat nak bilas kain baju sendiri.

kejadian sebentar tadi pula, sedang saya asyik membaca al-quran, saya didatangai oleh anak yang sulung dan memberitahu bahawa dia yak-yak. So saya berhenti membaca al-quran seraya menyuruh dia minta bibik basuhkan. Sebelum dia bergegas mendapatkan bibik, saya mintak untuk cium dibelakangnya untuk memeastikan bahawa dia benar2 yak-yak.

rupa2-rupanya, pampers yang biasa dipakai pada waktu malam telah tertanggal dari lokasi asal menyebabkan habis basah seluarnya (mungkin dia baru terkencing agaknya). So cepat2 saya tanggalkan telekung, dan bergegas ke bilik mandi belakang. Kali ini, saya agak berhati2 takut kejadian pagi tadi berulang kembali. Itu dia, jauh di sudut siling, ternampak lagi seekor kelibat lipas yang amat ngeri. Cepat2 saya keluarkan senjata dan pssstttttt semburkan ke udara.

Habis riwayat seekor lagi sang lipas.


inilah dia sindrom takutkan lipas namanya :(

3 comments:

N Zainudin said...

hahaha...lawak la ko tulih..mmg tergelak sakan aku yg tgh tensen nih

MN said...

arrgghhhh...LIPAS!!!!!

miz_eda said...

Yun, (sesekali tukar style panggilan :) )

lawak ke weh..nilah bahananya waktu kecik2 dulu selalu kena usik ngan kakak2 aku :(

MN,
shhhhhhhh!..nanti terbang lak lipas tu karang :P