Thursday, April 30, 2009

Suami vs Anak

i had a quarrel with Mr Hubby..yes..again..a QUARREL

Kisahnya macam ni..

waktu saya sampai di rumah semalam (lebih kurang pukul 5:20 pm) Mr Hubby tengah baring2 dalam bilik. Macam biasa, si afrina bila dengan babahnya, dia mula merengek mintak itu ini. Kali ni dia mintak sumi jeli manis yang ada dalam fridge

I said no. reason sebab waktu saya balik makan tengahari di rumah, she already had sumi jeli manis for 3 times

i explained the same to Mr Hubby.

after a while (mungkin sebab tak tahan dengar si kakak merengek), he went to the kitchen..bukak fridge..dan bagi satu mangkuk besar yang berisi sumi jeli manis pada anak saya..

mana la saya tak hangin kan?

so pot pet pot pet hinggalah ke pagi ini saya masih belum boleh menerima akan keadaan itu

saya masih ingat dulu pesan mak saya, kalau budak2 menangis mintakkan sesuatu, jangan dilayan permintaan tu. Biar mereka belajar minta dengan cara yang baik bukan dengan cara yang merengek/menangis.

Saya akui, yang selama ni saya agak tegas dengan anak2, sebab tu anak2 lebih manja dengan babahnya.

Tapi, salah ke saya nak membentuk anak2 agar diorang tahu menilai apa yang baik dan buruk?

Sungguh dilema disitu :(

Wednesday, April 29, 2009

tag soalan maut

Tag ini datangnya dari Ms Lia.. gigih saya tidur lewat semata2 nak siapkan tugasan ni :P

1. If you can be an animal, what will u be? Why?
cicak-man, boleh tengok dunia secara terbalik..ngeh ngeh

2. If you robbed a bank, what do you want to do with the money?
lepas rompak duit tu, cepat2 saya derma duit tu balik kat bank yang saya dah rompak tadi..:P (dengan harapan tak kena tangkap lepas tu :P)

3. If you can teleport yourself anywhere in the world, where do you want to be? why?
KLCC, shopping, shopping dan shopping :)

4. If you know that you are dying, what is the last meal that you want? why?
saya nak mintak pil tidur, so boleh mati dalam tidur :P

5. If you can only kill one person in this world, who is the person? why?
syaitan yang bertopengkan manusia...dajal? sebab dia dajal

6. If you can choose either to have more than 24 hours a day or can live more than 100 years, what is your choice? why?
I would choose to have more than 24 hours a day, so that masa yang banyak dihabiskan dengan kerja2 dipejabat boleh diseimbangkan dengan masa untuk bersama anak-anak di rumah

7. If you can date celebrities, who is that person? why?
Zamarul Hisyam, sebab saya suka tengok lakonan dia, especially bila dia melakonkan watak sedih, frust dan yang sewaktu dengannya.

8. If you can only have 1 thing in this world, what should that be? Why?
Ilmu yang bermanafaat - supaya boleh diperturunkan kepada anak2 saya kelak

9. If you have the opportunity to tag 7 of your friends, who are they? why?

si empunya Apa-apa je
si empunya When Blogaholic Writes
si empunya owner of a lonely heart
si empunya my internal outlet
si empunya The Bliss of Solitude
si empunya story-mory
si empunya All about my interest

sebab kesemua yang di atas adalah sebahagian dari senarai blog Must Read yang terdapat di dalam blog saya

Matlamat kewangan saya

Sewaktu sesi pertemuan dengan En Aziz di bulan Disember tahun lepas, kami dikehendaki menghantar borang PFF (personal Fact finder) yang di dalamnya perlu dinyatakan senarai aset yang kami miliki beserta senarai liabiliti yang kami ada. Di dalam borang PFF itu juga, kami perlu menyenaraikan matlamat kewangan kami dan bila kami hendak mencapai matlamat tersebut.

Berikut ialah apa yang saya tulis di dalam borang tersebut

Matlamat 1
memiliki rumah banglo bernilai 200k

Bila?
2020

Matlamt 2
Memiliki kereta mewah berharga RM150

Bila?
2011

Matlamat 3
Monthly income sebanyak RM10k sebulan

Bila?
2010


Bila sudah mempunyai matlamat, kami perlulah berdisiplin dalam menentukan hala tuju kewangan kami. Tanpa mula merancang dari sekarang, sudah pasti ianya tidak dapat direalisasi.

Apa pula matlamat kewangan korang?

Sunday, April 26, 2009

weekend lepas

Ini adalah sebahagian dari aktiviti saya di minggu lepas :

1) ke pasar tani untuk memborong stok barang basah (ayam, sotong, daging, sayur etc)

2) mengajar anak sulung saya mengayuh basikal. Akhirnya berjaya jugak dia kayuh beskal hingga ke playground. Basikal tu dibeli sebulan yang lepas, tapi baru semalam dia menunjukkan minat terhadap basikal tersebut.


it took her almost one month to start riding on her new bicycle..hmmm..penat beskal tunggu kakak tau!

3) bawak anak2 ke swimming pool, tengoklah si bongsu yang seronok mengayuh kaki dalam air :)









4) ke mini zoo di Kemaman. Malangnya, anak sulung saya yang seberat hampir 15kg tu asik nak berdukung sebab takut tengok haiwan dalam zoo :(

Intan Sayang Manja

Saya suka jalan cerita dalam cerekarama ini, sarat dengan mesej kekeluargaan dan kasih sayang.

Saya suka hampir kesemua pelakon dalam cerita ni, baik yang tua atau yang masih muda. Hampir kesemuanya berjaya membawa watak masing2 dengan baik.

Begitu juga dengan ending, cerita yang pada mulanya agak menyentuh emosi berakhir dengan kebahagiaan yang dinanti, sehinggakan saya tidak sedar jam sudah menunjukkan angka 12 tengah malam

Syabas tuan pengarah!

Friday, April 24, 2009

Kisah di sebalik keliwon

selesai saya menonton keliwon semalam, saya bergegas ke dalam bilik. Sebelum tidur, saya berbual bersama Mr Hubby. Topik perbualan kami kali ini adalah mengenai kes rompakan bersenjata api yang berlaku di 2 buah kedai emas yang terletak tak jauh dari kawasan kami tinggal.

Menurut Mr Hubby, ada beberapa kes samun yang terjadi beberapa hari sebelum berlakunya kejadian rompakan bersenjata di kedai emas tersebut dan ianya turut dilakukan oleh perompak yang sama

Kisah si perompak ini ada terdapat di dalam harian Metro keluaran beberapa minggu lepas mengenai bagaimana pihak polis berjaya mengesan perompak terbabit apabila si perompak berhajat menjual emas yang dirompak kepada tauke kedai emas di Kemaman.

Perompak tersebut yang telah ditangkap, merupakan seorang penghuni yang tinggal tidak jauh dari kawasan tempat kami tinggal ini. Menurut Mr Hubby, ayah si perompak merupakan pengurus kepada satu-satunya driving school yang terdapat di kawasan ini. Menurut mr Hubby lagi, ayah si perompak itu adalah seorang yang alim dan langsung tak nampak ciri2 di mana anaknya adalah seorang perompak.

Yang menyedihkan, pada hari kejadian di mana polis hendak membuat serbuan di rumah pakcik tersebut, Mr Hubby menceritakan bahawa pakcik itu mundar mandir di kawasan driving school, seolah2 dalam keadaan gelisah sementara hendak menunggu pihak polis membuat serbuan di rumah untuk menangkap anaknya.

Dalam kegelapan malam, saya mermanggu dan terikir akan cabaran dalam mendidik anak pada hari ini, kadang2, mungkin kita rasa dah buat yang terbaik untuk mendidik anak2, tapi apa yang terjadi adalah sebaliknya..

semoga keluarga dan anak2 kita dijauhi dari perkara2 sebegini

Thursday, April 23, 2009

dah 3 minggu..

dah 3 minggu saya tak mendapat peluang untuk menonton Keliwon..last saya tengok waktu episod bertajuk mak andam cantik

asal malam jumaat je, mesti saya terbongkang tertidur lepas maghrib hingga pukul 11 lebih baru terjaga..what's the point nak ngadap tv pukul 12 malam kan?

malam ni saya harap dapat menonton keliwon ..lepas tu nak tidur sampai tengahari besok pun takde hal..maklumlah esok pun cuti dan saya pun tengah bejot :P

Wednesday, April 22, 2009

Tidur yang bertemankan Minutes of Meeting

semalam, selesai sahaja menyiapkan MOM (MOM yang hampas sebab sistem yang digunapakai terlalu byk limitation). MOM ini perlu disiapkan dan dihantar kepada bos saya sebelum pukul 10 pagi tadi.

saya tengok jam dah nak dekat pukul 1:30 am. Tanpa melengahkan masa, saya shutdown laptop dan membaringkan badan di sisi anak sulung saya. Yang bongsu masih lagi tidur dlm baby cot. Hubby pulak kerja malam, so tinggallah kami bertiga sahaja

Hampir nak dekat pukul 2 am saya baru dapat terlena. Sepanjang tidur, saya asyik bermimpi menda yang sama iaitu mengupdate MOM.

Sedar tak sedar, pukul 3:30 am anak saya mintak susu. Boleh tak saya mamai dan dalam tidur tu saya ingat nak bagi MOM pada anak saya?

Hebat sungguh penangan MOM yang saya kena buat kali nih (sambil menggelengkan kepala)

Tuesday, April 21, 2009

mata saya nampak lipas

hari ini sahaja 2 kali saya terserempak dengan lipas

dalam kejadian pagi tadi (macam laporan dalam berita la pulak), selesai saya memberus baju di dalam bilik mandi, tiba2 mata saya terpandang sesuatu sedang merayap di dinding. Nak tau apa?!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
seekor lipas!!!!! (besar pulak tu)

dalam keadaan berhati2, (takut lipas tu terbang selepas menyedari kehadiran dia disedari oleh seseorang :P) cepat2 saya bukak pintu bilik mandi (nasib baik pintu bilik saya tertutup :P ), ambil baygon dan halakan muncung dan terus spray pada lipas tersebut

Lipas tu terbang sekejap dan terus terjatuh ke dalam bath tub. Sedang lipas tu bertarung nyawa, cepat2 saya ambil semua kain baju yang dah selamat diberus dan masukkan ke dalam baldi untuk dibilas oleh bibik. terus terbantut hasrat nak bilas kain baju sendiri.

kejadian sebentar tadi pula, sedang saya asyik membaca al-quran, saya didatangai oleh anak yang sulung dan memberitahu bahawa dia yak-yak. So saya berhenti membaca al-quran seraya menyuruh dia minta bibik basuhkan. Sebelum dia bergegas mendapatkan bibik, saya mintak untuk cium dibelakangnya untuk memeastikan bahawa dia benar2 yak-yak.

rupa2-rupanya, pampers yang biasa dipakai pada waktu malam telah tertanggal dari lokasi asal menyebabkan habis basah seluarnya (mungkin dia baru terkencing agaknya). So cepat2 saya tanggalkan telekung, dan bergegas ke bilik mandi belakang. Kali ini, saya agak berhati2 takut kejadian pagi tadi berulang kembali. Itu dia, jauh di sudut siling, ternampak lagi seekor kelibat lipas yang amat ngeri. Cepat2 saya keluarkan senjata dan pssstttttt semburkan ke udara.

Habis riwayat seekor lagi sang lipas.


inilah dia sindrom takutkan lipas namanya :(

Monday, April 20, 2009

kenangan sewaktu berpantang

Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman setelah membaca dilema yang dihadapi oleh Mama Adib menjelang tempoh hendak bersalin samada berpantang di kampung atau dirumah sendiri

saya sendiri tak pernah merasai pengalaman berpantang di kampung. Saya memilih untuk berpantang di rumah sendiri dengan alasan tidak sampai hati meninggalkan Mr Hubby berseorangan. Sewaktu adik beradik saya dah mula bising untuk saya balik dan berpantang di kampung, saya mengadu kepada Mr hubby sambil menangis (adakah saya meroyan?)

alasan lain adalah disebabkan keadaan dan persekitaran di kampung yang pada pendapat saya tidak begitu privacy. Kalau di rumah sendiri, saya boleh menyusukan anak saya bila2 masa tanpa perlu memikirkan orang2 sekeliling. Boleh selak sesedap rasa :P

Alhamdulillah, sewaktu berpantang anak pertama, saya mendapat seorang pembantu rumah tempatan. 2 minggu sebelum bersalin, saya bersama Mr Hubby dan ditemani ibu saya keluar masuk kampung untuk mencari pembantu yang boleh menjaga saya sewaktu berpantang. Selang seminggu sebelum bersalin, saya mendapat pembantu yang diingini.

Umurnya dalam lingkungan 16-17 tahun. Walaupun masih muda, tapi sangat cekap membuat kerja. Lagipun, dia anak orang susah dan penah bekerja menjaga anak orang lain sebelum bekerja dengan saya. Selang 3 bulan, dia mula menyuarakan hasrat untuk berhenti menjadi pembantu rumah dan bekerja di kedai kasut berdekatan.

Sewaktu berpantangkan arissa, saya sudah berpindah di kawasan lain. Kali ini, saya turut mendapat pembantu tempatan tetapi hanya bertahan untuk selama 3 hari sahaja. Nak tau kenapa? alasan yang diberikan adalah kerana tak sanggup membasuh kain baju anak saya menggunakan tangan. Mujurlah mertua saya boleh menjaga saya sehingga habis tempoh berpantang. Terima kasih mak!

Kini, anak saya telah dijaga oleh pembantu rumah Indonesia. Nak tak nak, pembantu rumah saya kenalah menunggu selama 2 tahun mengikut kontrak, bukan 3 hari mahupun 3 bulan seperti yang dilakukan oleh pembantu rumah tempatan saya sebelum ini :)

Kenapa saya lambat hari ini

bangun pagi tadi, saya perasan katil kami basah lagi, nampaknya pampers anak saya dah bocor. Mana taknya, sepanjang malam dia minum sampai 3 botol susu. Saya ambil pampers lain untuk disalin padanya

lepas dah pakaikan pampers, anak saya pun bangun

saya membuang lapik cadar (quilt cover), fitted sheet dan juga bedsheet cover, (boleh bayangkan tak? ) Saya lalukan air dan siram bersama air sabun dan mintak bibik jemur

sebelum ke tempat kerja, saya berpesan pada anak sulung saya sambil menunjuk ke arah katil

"kakak minum susu banyak sangat sampai 3 botol, sebab tu katil basah..malam esok kakak minum satu botol je boleh?

sambil memegang tilam..anak saya menggangguk tanda setuju (tak tau la samada dia setuju atau tanda dia paham)

sampai2 dipejabat, jam menunjukkan pukul 8:10am, boleh ke nak gunakan alasan lambat sebab anak saya bocor atas tilam?

Friday, April 17, 2009

Buat sesiapa yang berminat

Masih saya ingat ketika mendapat bonus sewaktu bulan 8 tahun lepas, saya mengeluarkan duit sebanyak RM1k dan memberikannya kepada Mr Hubby. Tujuan saya memberi duit itu bukanlah itu dibelanjakan, tetapi saya ingin menyertai perniagaan CBC. Saya lihat mr Hubby sangat bersungguh2 mempromosi perniagaan ini sehingga dia sendiri menyertai pakej paling mahal yang ditawarkan oleh syarikat pada waktu tersebut. Pakej paling murah untuk menyertai perniagaan ini adalah sebanyak RM1455. (dan pakej inilah yang hanya termampu oleh saya :) )

Dengan pkej paling murah yang saya sertai, bermaksud saya akan mendapat keuntungan RM100 setiap bulan. Setelah cukup 4 kali membuat pembelian (dengan menggunakan modal yang sama), saya layak menebus voucher bernilai RM60.

Setelah hampir 8 bulan menceburi perniagaan ini, saya dapat rasakan perniagaan yang saya ceburi ini adalah suatu perniagaan yang boleh dipercayai dan pulangan yang diperolehi mampu dijadikan sumber pendapatan (jika kena dengan caranya).

Saya cuba juga mempromosi business ini pada rakan2 sepejabat, namun kebanyakan mereka tidak menunjukkan minat dan tak kurang juga yang risau tentang kemampuan syarikat untuk bertahan. Berdasarkan pengalaman saya yang telah hampir 9 bulan berkecimpung dalam perniagaan ini, insyaAllah ianya mampu bertahan untuk pergi lebih jauh. Ini berdasarkan bilangan kedai seramic e-mart yang semakin bertambah dan strategi perniagaan yang ditawarkan.

Berikut adalah antara faktor saya mula mempercayai perniagaan ini :

1) melihat kesungguhan Mr Hubby yang gigih mencari ahli sehingga turut mendaftarkan kedua2 orang anak kami sebagai ahli

2) perniagaan yang tak memerlukan tenaga dan masa seperti mencari ahli dan menjual barang

3) setiap 4 bulan, saya akan diberi pilihan untuk menebus salah satu dari voucher Parkson, Giant, Pizza-hut, KFC, Ayamas dan yang terbaru Voucher Jusco yang bernilai RM60. Faedah yang sama akan turut diperolehi oleh suami dan anak2 saya yang turut menjadi ahli (kecik2 dah ada business ;P). SUami saya sedikit berbeza sebab dia mengambil pakej C yang melayakkan dia menebus voucher berjumlah RM250.

4) setiap kali pembelian dibuat setiap bulan (menggunakan modal yang sama), saya akan dapat mengumpul nilai shopping point dan shopping point ini tidak akan berkurang selagi saya tidak membuat apa2 pembelian di Ceramic e-Mart.

5) Perniagaan ini tidak memerlukan saya mencari ahli baru untuk dijadikan downline, cukup dengan saya sendiri sebagai ahli, saya akan menerima pendapatan tetap setiap bulan selagi saya terus membuat pembelian setiap bulan (again, dengan menggunakan modal yang sama)

6) Perniagaan ini adalah sebuah perniagaan berlesen dan ianya bukanlah perniagaan berlandaskan skim cepat cayakaya

7) Seramic club turut menawarkan pakej percutian dan pakej mengerjakan Umrah setelah cukup nilai shopping point (EV) terkumpul

8) Syarikat turut mempunyai tabung untuk khairat kematian. Setiap ahli yang meninggal akan mendapat sumbangan khairat kematian dan pendapatan si mati akan diberi kepada waris terdekat.

9) sebenarnya banyak lagi faedah lain yang tidak dapat saya nyatakan satu persatu disini, untuk penjelasan lebih lanjut, silalah layari di sini

Terbaru, Mr Hubby telah mengeluarkan modal untuk kami sekeluarga bertukar ke pakej C (Upgrade). Dengan pakej ini, kami akan memperolehi keuntungan RM700 setiap seorang. Disebabkan Mr Hubby menaja kami sebagai downliner, dia turut akan mendapat pendapatan tambahan. Menarik bukan?

Target saya sekarang, dengan pendapatan lebih RM3k++ dari Seramic Club setiap bulan, ianya sedikit sebanyak boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan. Tambahan lagi, kami merupakan client aziz.cfp dan program ini sangat memerlukan kami memaksimakan simpanan setiap bulan. shhh..sila jangan sesiapa beritahu En Aziz tentang ini

Prinsip saya yang paling mudah, tiada kejayaan tanpa kegagalan. Kalau nak berjaya, saya kena berani mengambil risio. (dalam kes saya, bukan saya sebenarnya yang megambil risiko sebab modal banyak dikeluarkan oleh mr Hubby. So tepuk dada tanyalah selera :)

Jadi tunggu apa lagi..kalau ada yang berminat..marilah menjadi ahli :)

Wednesday, April 15, 2009

The day when they say hello world!

This tag was indirectly passed to me by Yan...;)

Rule #1:

Letakkan gambar anak yg baru lahir. Gambar kalo boleh mestilah gambar yang masih dalam wad, maknanya gambar anak hari PERTAMA..

Gambar anak #1

sila maafkan kualiti gambar sebab ianya diambil menggunakan handphone sahaja

Gambar anak #2


Rule #2:

detail pasal #1

Nama penuh : Afrina Bt Mohd Syarifuddin
Nama Panggilan : Kakak @ mina
Jantina : Perempuan sebab tu binti
Tarikh Lahir : 23 Jul 2006
Tempat Lahir : Kuantan Specialist Hospital
Berat Lahir : 3.48 kg
Cara Kelahiran : normal



detail pasal #2

Nama penuh : Arissa Bt Mohd Syarifuddin
Nama Panggilan : dedek @ eeca
Jantina : Perempuan juga
Tarikh Lahir : 14 Feb 2008
Tempat Lahir : Kuantan Specialist Hospital
Berat Lahir : 3.12 kg
Cara Kelahiran : normal


Rule #3:

apakah harapan korang pada anak ini..

Besar harapan saya agar mereka takkan lupakan saya tak kira walau di mana atau apa jua situasi yang mereka bakal hadapi nanti

dan korang nak anak ini jadi apa besar nanti... dan KENAPA..?

saya suka kalau salah seorang dari mereka menjadi pembaca berita (paling tidak pun reporter), demi menyambung hajat dan cita2 saya yang tidak kesampaian :P


Rule terakhir....

sebab anak saya 2 je, so saya nak tag 2 orang je..aci kan?

zufa
zura aka bzmum

Tuesday, April 14, 2009

e-Hasil yang memulangkan hasil :)

setelah mengambilkira segala faktor2 di bawah :

pelepasan anak berjumlah RM2k
derma RM300
levi RM430.50
zakat RM273
KWSP RM4466
PCB RM285

maka dengan ini saya layak mendapat semula bayaran sebanyak RM285 dari LHDN..:)

ada ke sesiapa tahu macamana nak mempercepatkan process nak dapat balik duit cukai terlebih bayar ni? :)

kisah e-Hasil

tahun ini adalah merupakan tahun ke-2 saya menggunakan perkhidmatan e-filing untuk mengisytiharkan pendapatan saya.

Dan sehingga kini juga saya masih tertanya2 akan ketelusan sistem yang digunapakai bagi mengetahui kesahihan data yang dimasukkan dalam sistem tersebut. Berikut adalah merupakan persoalan yang sehingga kini masih belum terungkai ;

1) Jika saya memilih untuk membuat penilaian secara berasingan, bagaimana sistem ingin megetahui bahawa pelepasan anak tidak digunapakai oleh kedua-dua pasangan samada di pihak suami atau isteri? Sebagai contoh, saya mempunyai 2 orang anak, jika saya memilih untuk membuat cukai secara berasingan, bolehkah saya menuntut RM2000 sebagai pelepasan anak? adakah sistem itu 'clever enough' untuk mengetahui suami tidak menuntut pelepasan yang sama ke atas anak2?

2) Persoalan yang sama seperti di atas, bagaimana pula dengan insurans ke atas anak2? Sebagai contoh, sebelum ini, suami membayar insurans sebanyak RM200 setiap bulan (bersamaan RM2400 setahun). Bagaimana sistem ingin mengetahui bahawa pelepasan terhadap insurans hanya boleh dituntut oleh suami saya sahaja?

3) Untuk pembelian majalah, derma etc, berapa lamakah masa yang harus ditunggu untuk melupuskan kesemua resit-resit yang ada untuk tujuan penyemakan oleh pihak LHDN?

4) Seandainya kami mempunyai side income, dan kami memilih untuk tidak mengisyhtiharkannya di dalam e-borang, adakah sistem yang digunapakai itu 'clever enough' untuk mengetahui akan perkara itu?

Sekian.

Monday, April 13, 2009

Gambar 2 beradik

lihatlah gambar 2 beradik nih



gambar ini dirakamkan sewaktu saya hendak ke tempat kerja beberapa minggu lepas..

bila saya tengok gambar ni, baru lah saya perasan, rupanya2 si kakak memang saling tak tumpah seperti bapaknya :P

dan si adik, saya masih tertanya2 samada dia menyerupai wajah saya atau sebaliknya..

and.. before I forget, arissa sudah mula pandai melangkah..sudah hampir 50% dia pandai berjalan disekeliling rumah (jangan ditanya bagaimana saya mendapat angka 50 tersebut..ianya adalah berdasarkan anggaran semata-mata :P)

Saturday, April 11, 2009

Suatu langkah

setelah hampir 3 bulan lamanya..akhirnya kami berjaya jugak mengumpul modal sendiri untuk tujuan ini (setelah permohonan pinjaman wang dengan Bank Rakyat tempohari ditolak mentah2..:( )

dan semalam kami ke Kuantan..bertujuan untuk menukar sejumlah wang yang ada di dalam akaun ASB ke dalam bentuk sijil

dalam tempoh tak sampai 10 minit dan dengan bayaran sebanyak RM10 sahaja..saya berjaya memperolehi sijil ASB yang diidamkan..dalam pada tu, sempat jugak saya bertanya pegawai di kaunter tersebut

"lepas ni boleh ke saya nak keluarkan duit dalam akaun ASB ni? "

dan jawapan yang saya perolehi

"kalau nak keluarkan kena datang sini balik untuk batalkan sijil ni"

dan saya mengangguk tanda paham :P

sijil ini nanti bakal saya bawa ke RHB pada hari Ahad nanti untuk memohon kemudahan OD..

semoga dipermudahkan segalanya.

Tuesday, April 7, 2009

Ping pong

saya menyertai perlawanan ping pong yang dianjurkan oleh syarikat saya..

smalam, saya kalah 3-0

hari ini tak tau lagi macamana

tolonglah doakan agar saya tidak mendapat telur ping pong lagi dalam perlawanan hari ini :P

Monday, April 6, 2009

Sipahh..I like!

dah lama sebenarnya saya consume product nih..



saya sempat membaca entry Cik yan mengenai 3 straw percuma yang diperolehi sewaktu sesi lawatan di Giant..terus mengingatkan saya untuk membuat entry mengenai milk flavoring straw itu..:)

pencarian saya untuk mendapatkan sipahh di kedai2 runcit, 7-eleven, termasuklah di KLCC tidak membuahkan hasil sehinggalah saya berjaya mendapatkannya di Giant..

ada beberapa perisa yang boleh di dapati, coklat, banana, strawberry dan caramel. Setelah mencuba kesemuanya, ternyata saya jatuh chenta dengan perisa pisang

sedap diminum bersama susu segar, celup straw ke dalam susu segar yang agak dingin dan tunggu beberapa saat sebelum anda sip menggunakan straw dan berkata ahh..:)

anak2 saya pun suka..cubalah!