entry ini di buat lambat 5 jam disebabkan line internet di pejabat yang agak kurang sistematik..:(
Selama ini kami menggunakan TMNET untuk mengakses internet dari rumah, but today on 1st Jan 2009, i have subsribed a Streamix combo with TM point for fix monthly charges of RM60..tujuan kami memasang streamix ini bukanlah semata2 untuk mengakses internet dari rumah, tetapi juga bertujuan untuk pemantauan secara online mengenai kehidupan anak2 di rumah menerusi CCTV, sewaktu ketiadaan kami untuk keluar pergi berkerja..harapan kami, semoga dengan kaedah ini sedikit sebanyak dapat membantu mengawasi pergerakan pembantu rumah ketika menjaga anak2 kami di rumah
hari ini juga mencatat pencapaian aku masuk lambat ke pejabat 15 minit dari waktu yang sepatutnya, sesungguhnya kelambatan itu bukanlah sesuatu yang disengajakan..(kalau sengaja pon takde sape yang tahu..hehe) harap2 ini bukanlah suatu petanda bahawa aku akan sentiasa datang lambat ke pejabat untuk sepanjang tahun 2009 ni
hari ni juga menyaksikan buat pertama kalinya dalam sejarah aku membuat pembiayaan peribadi bersama bank rakyat berjumlah RM19k untuk menyertai aziz.cfp. Tujuan pembiayaan peribadi ini dibuat tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyertai program yang memerlukan kami menyediakan modal permulaan sekurang2 nya RM30k sebagai platform. Kami cuma berjaya mengumpul modal sendiri menggunakan hasil duit simpanan, bonus dan sedikit dividen ASB sebanyak RM15k sahaja.
dan hari ini juga menyaksikan aku balik lambat sejam dari waktu yang sepatutnya memandangkan aku perlu mengganti balik masa yang telah digunakan untuk pergi ke bank rakyat sewaktu tengahari tadi.
sekian.
Thursday, January 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment