fakta 1
hari pertama di sekolah sewaktu di darjah satu, saya telah mendapat pujian dari cikgu sebab saya telah berjaya membuat tugasan yang diberikan dengan sempurna (saya tak ingat tugasan apa). Disebabkan pujian itu, saya telah di beri peluang untuk duduk di bangku pertama di dalam kelas ketika itu.
fakta 2
saya mula belajar bercinta (cinta monyet) ketika berada di tingkatan 3, nama je bercinta tapi tak pernah berjumpa, zaman tu guna posmen je walaupon cinta monyet saya tu satu kelas je dengan saya pada ketika itu, kami berpisah pon melalui posmen..
fakta 3
saya berkahwin di usia 27 tahun, dikurniakan anak pertama pada usia 28 tahun, dan dikurniakan anak ke-2 dia usia 30 tahun, saya merancang (kita merancang tetapi Allah jugak yang menentukan) untuk mendapat zuriat ke-3 pada awal 2011 (sekiranya diizinkan). Namun begitu, saya tidaklah mengamalkan kaedah perancangan keluarga secara moden untuk mengelak dari hamil pada tahun ini :P
fakta 4
saya bertemu Mr Right (suami saya) sekarang setelah berpatah arang berkerat rotan bercinta dengan lebih 5 orang jejaka yang bukan ditakdirkan untuk saya, bilangan ini belum termasuk orang2 yang meminati saya dan jugak orang2 yang saya minati (bertepuk sebelah tangan)..
fakta 5
byk pandangan menyatakan bahawa saya kelihatan sombong sebelum mereka mengenali saya secara lebih dekat, setelah mengenali saya, ternyata tanggapan itu salah sama sekali (to know me is to love me ..chewah)
fakta 6
kegilaan saya terhadap sesuatu benda adalah bermusim, contohnya, koleksi barang2 lovely-lace, perfum anna-sui dan membeli koleksi cadar aussino pernah menjadi kegilaan saya pada suatu ketika dahulu. Sekarang, saya tgh gila nak beli tudung munawarah, sebab saya nak tgk hebat sangatkah koleksi tudung yangg terdapat di butik tersebut, dan kalau boleh memborong tudung di situ sebanyak mungkin (jika ada kemampuan)
fakta 7
saya pernah membuka kelas tuition :P (zaman sewaktu bujang), namun begitu kelas tersebut bukanlah di suatu tempat yang dikhaskan untuk mengajar, tetapi saya mengajar di rumah saya sahaja, dan saya pernah menjadikan pendapatan dari hasil mengajar itu sebagai sebahagian dari pendapatan saya
fakta 8
saya pernah ke UK sebanyak 2 kali, pertama kali sewaktu saya menghadiri konvokesyen kakak saya yang belajar di unitversity of North london, dan kali ke-2 sewaktu bercuti bersama kakak, emak dan adik tiri saya. Saya ingin mengulangi fakta no 8 ini kalau boleh dalam tahun ini juga jika ada kelapangan rezeki
fakta 9
saya dilabelkan sebagai 'the most unproblematic pregnant ladies' di sykt tempat saya bekerja, sebab dari awal pregnancy sehinggalah saya melahirkan anak (anak pertama mahupun anak ke-2), saya tidak mengalami banyak masalah yang menggangu tumpuan untuk datang bekerja. Sewaktu megalami kontraksi hendak melahirkan arissa yang awal seminggu dr tarikh jangka bersalin, saya datang ke pejabat untuk menyerahkan borang cuti bersalin dan ada 2-3 orang staff di pejabat ketika itu yang cuak bila mendapat tahu yang ketika itu saya telah mengalami kontraksi selang 10 minit!
fakta 10
saya sorang yang cepat panik, terutama bila melibatkan aktiviti yang memerlukan saya bercakap di depan orang ramai, dan ini mungkin kerana faktor saya seorang pesakit thyroid :(
fakta 11
saya berpantang di rumah sendiri sewaktu selepas melahirkan anak sulung dan anak ke-2 saya. Entah kenapa, saya tidak sanggup meninggalkan suami saya berseorangan di rumah jika sekiranya saya di hantar berpantang di kampung.
fakta 12
saya memang seorang yang panas baran (adakah sebab saya seorang pesakit thyroid?). Tetapi saya tidak pernah menjadikan itu sebagai alasan utama sewaktu memarahi seseorang
fakta 13
saya seorang yang rajin mengemas rumah (masuk bakul angkat sendiri), saya pantang nampak ada 2,3 barang bersepah di lantai, cepat2 saya
fakta 14
I do the same boring job day in day out. sejujurnya saya inginkan sesuatu yang mencabar minda dan pemikiran yang boleh membantu meningkatkan daya saing saya di pejabat, tetapi apakan daya, lagi pulak syarikat saya bekerja ini lah satu-satunya syarikat IT terbaik yang terdapat di
fakta 15
saya seorang yang takutkan lipas. Ini disebabkan kerana saya selalu di'intimidate' dengan lipas oleh kakak saya sewaktu saya kecil dulu untuk mengelakkan saya dr kencing di atas tilam sewaktu tidur di tengah malam. Bagilah apa saje, tikus, katak, cicak atau ulat saya tak hairan tetapi bukanlah lipas :(
cukup lah setakat ini fakta tentang saya
No comments:
Post a Comment