Tuesday, January 20, 2009

how i regret

smalam saya belajar sesuatu dari kesilapan saya..kesilapan yang saya baru pelajari ini pada dasarnya bukanlah sesuatu yang boleh di lihat dengan pandangan mata kasar..

saya agak busy mengadap komputer di bilik saya kebelakangan ini, seperti 2,3 hari lepas saya busy menghafal skrip sebab saya hendak mengajar, tp smalam, selesai solat maghrib, sekali lagi saya mengadap komputer untuk melawati blog2 kegemaran saya..waktu itu arissa dah tido, tetapi afrina masih lagi busy dengan aktiviti-aktivi malam hari-nya,

seingat saya, ada beberapa kali dia masuk bilik dan bertanya ;

"mama buat kerja ke?"

dan dengan sepantas kilat saya menggangguk tanpa rasa perasaan bersalah langsung!

sekonyong2 dia keluar dan menutup pintu bilik

beberapa minit kemudian dia masuk balik sambil membawa botol susu dan menaiki katil sendirian untuk minum susu, habis minum susu dia hulurkan susu tersebut pada saya untuk di letak di atas meja tempat di mana saya mengadap komputer..selepas itu dia keluar dan menutup pintu bilik.

setengah jam berlalu dan tibalah waktu untuk saya solat isyak, waktu tu dah hampir pukul 9 malam.

saya keluar dari bilik dan tengok dia makan nasi goreng + telur goreng, sambil menghadap tv, nasi goreng itu telah di masak oleh pembantu rumah

sepantas kilat datang perasaan bersalah dalam diri ini, betapa saya boleh gunakan waktu setengah jam yang lepas dengan melayan anak saya makan, membuat susu untuknya, melayan dia sambil menonton tv, telah saya sia2 kan dengan mengadap blog..:(

pengajaran untk diri sendiri, saya berjanji yang saya akan melayan anak2 saya selagi derang tak tido..no bloghopping until after anak2 dah selamat tidur..

5 comments:

MN said...

faham ur feelings...
takpela, kita pun masih belajar utk jadi ibu yg baik, kan?

miz_eda said...

betul tu, dan saya bersyukur sebab sentiasa diberi hidayah untuk mengambil iktibar di atas setiap kesilapan..;)

MS said...

hmm sangat faham.. ku ni baru je g subscribe steamex kat umh. harap2 idak le ku gila bloging d rumah hu hu hu

miz_eda said...

Mama adib,
sama la kita, saya pon baru pasang streamix 2 minggu lepas, ni yang macam ala2 kejutan budaya sket

terasa macam ada satu tarikan magnet

huhu

lia said...

kesimpulan utk lia... no internet at home hahahaahhh