Thursday, January 29, 2009

cute sangatkah

sekali lagi saya mendapat award ini, terdahulu saya juga pernah mendapat award ini dari Cik Yan. Saya tertanya2 adakah ini menunjukkan bahawa blog saya ini benar2 kiut?? *ngeh ngeh

The rules of this award are:-

1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda

2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda

saya 'mengenali' Mrs Noba asalnya adalah dari sesi penjelahan di blog cik Yan, dimana saya berasa begitu tertarik dengan cara beliau mengekspresi setiap entry, dan disebabkan itu saya tanpa rasa bersalah mengambil keputusan untuk link-kan blog beliau di dalam blog saya :) (maafkan saya Mrs Noba)

3.Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya..

ini adalah antara fakta2 lain tentang saya :

1) saya seorang yang left-handed, sesetengah pendapat mengatakan bahawa orang yang kidal adalah merupakan orang yang mempunyai pemikiran yang kreatif tetapi saya tak mengaku bahawa saya seorang yang kreatif :(

2) saya seorang yang curious, suka berikir tentang perkara bukan2 especially tentang tanggapan buruk orang terhadap saya, sungguh tidak bagus di situ..

3) sama seperti fakta no 7 yang dinyatakan di blog Mrs Noba, saya juga suka menerima kunjungan sesiapa sahaja di rumah saya (tidak termasuk pencuri), adalah menjadi satu keseronokan apabila dapat menjamu setiap tetamu yang datang dengan masakan sendiri tapi kenalah diberi notis pemeberitahuan terlebih dahulu supaya cukup bahan2 masakan yang di perlukan

4) saya kuat merajuk sewaktu mengandungkan anak sulung saya dahulu, dan sifat itu ternyata telah diwarisi dnegan jayanya oleh anak sulung saya sekarang. Sewaktu mengandungkan arissa, saya sudah semakin insaf dan saya berharap agar anak nombor 2 saya itu tidaklah mewarisi penyakit merajuk saya itu

5) saya pernah mempunyai hobi membeli pokok bunga dan pokok2 perhiasan. Namun begitu, hobi tersebut terpaksa ditinggalkan begitu sahaja selepas kelahiran anak sulung saya. Saya terpaksa mengeksport kesemua pokok2 perhiasan di rumah lama saya ke rumah ibu saya di Kuala terengganu. Penuh satu muatan lori yang pendek itu sewaktu mengangkut koleksi pokok2 bunga saya di waktu itu

6) selain dari fakta sukakan pokok2 perhiasan, saya juga pernah membeli rumput mutiara, untuk di tanam di atas tanah di laman rumah lama kami. Kesudahannya, rumput2 itu terus tenggelam dek ketinggian rumput2 liar yang tumbuh dengan segarnya..

7) lagi mengenai hobi saya yang pernah bercita2 untuk membuat landskap di laman rumah sendiri, cita2 itu akhirnya terkubur begitu sahaja disebabkan tidak mendapat sokongan jitu dari suami saya. Suami saya itu lebih gemar menebas bola di padang golf berbanding untuk menebas rumput di rumah sendiri. Sudahnya, rumah itu kami sewakan dan kami berpindah di perumahan petronas yang menyediakan perkhidmatan tukang kebun untuk menjaga halaman rumah.

8) ada pendapat menyatakan saya tampak muda 10 tahun dari usia saya yang sebenar :) ada seorang staff baru dalam department saya yang apabila ditanya menyatakan usia saya adalah dalam lingkungan 21-22 tahun, jangan salahkan saya atas fakta nombor 8 ini :P

9) lanjutan dari fakta nombor 8, ada yang tidak percaya apabila saya menyatakan bahawa saya sudah mempunyai 2 orang anak, dan lagi, sila jangan salahkan saya di atas fakta ini :)

10) sudah-sudahlah menyenaraikan fakta yang boleh membuatkan orang naik menyampah. Dengan itu saya berhenti setakat ini :P

4 comments:

MN said...

keh keh..tang org kata muda tu kan?
layan jer...
biarlah org nak puji ye dok?

miz_eda said...

muda salah tua pun salah..:P

pada saya itu bukanlah suatu pujian atau perkara yang harus dibanggakan..malahan saya lagi bangga kalau orang tau yang saya dah beranak 2 dan dah lama join the 3 series club ;)

n.i. said...

betul cakap mrs noba, layan je bila org kata kita muda hehehehe

miz_eda said...

Salam n.i.

tu ler pasalnya..terima sajalah seadanya..hehe