Saya memberitahu Mr hubby tentang kedatangan sahabat yang tinggal sebilik dengan saya sewaktu belajar di Universiti dulu ke Terengganu pada cuti hujung minggu nih, dan kemungkinan untuk saya mengajak sahabat saya itu bermalam di rumah kami barang semalam dua. Maklumlah, ini merupakan pertemuan kami selepas 5 tahun tidak bertemu muka ;P
saya juga memberitahu bibik untuk membersihkan bilik no 2 termasuk menyalin cadar baru bagi menyambut kedatangan sahabat saya itu..
dalam waktu yang sama, saya turut menghantar SMS kepada sahabat saya ini tentang alamat penuh rumah kami..
tup..tup saya dapat sms ini
"Beb, aku kat Jalan 49. Haha. Kalau x smpi umah kau, mmg saja je la :P
Saya ingatkan, sahabat saya itu dalam perjalanan untuk menyinggah di rumah saya. Maklumlah, Jalan 49 itu bolehlah dikatakan selang beberapa lorong saja dari rumah saya. Sepantas kilat, saya menghubungi sahabat saya itu.
Rupa-rupanya, rumah di Jalan 49 itu adalah merupakan rumah saudara kepada sahabat saya itu. Tak di sangka2, rupa2nya rumah saudara yang sahabat saya maksudkan dalam tujuan lawatannya ke Terengganu itu adalah jiran seperumahan saya sendiri!
terasa kecik sungguh dunia ini! (sambil menggelengkan kepala)
Saturday, March 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Wah, ini dah macam jejak kasih dah ni...saya yang membaca ni pon tumpang gembira!:)
seronot kan jumpa roomate kembali
Umi,
ye..tak ubah seperti rancangan itu..bezanya saya dan jiran seperumahan itu tidak lah berkasih..hehe
Mama Adib,
anak2 pun turut seronok, nanti saya share gambar2 derang..:)
tajuk seram, isi hepi he3...
lia dok pk 2-3kali nak baca psl penakut kan... last2 cter jejak kasih rupa nyer...
Lia,
misteri dari segi tajuknya aje..hehe
wah,tajuknya dah suspen...ingat cerita seram tadi.hi hi.
Post a Comment