Cerita berkisar tentang perasaan cemburu Yatt terhadap Shahira disebabkan kelebihan yang dimiliki oleh si Shahira semenjak waktu mereka di zaman kanak2 lagi.
Setelah dewasa, mereka bekerja di KL dan tinggal di rumah yang sama. Ditakdirkan, Ikram jatuh cinta dengan si Shahira, dan dalam waktu yg sama si Yatt ni menaruh hati dalam diam terhadap Ikram
Beberapa peristiwa buruk yang melanda hidup Yatt menyebabkan dia tertekan dan merancang untuk merampas Ikram dari Shahira. Sewaktu Shahira outstation, dan sewaktu Ikram datang ke rumah shahira, dia telah diberi minum air, dan setelah minum air tu, Ikram jatuh pengsan (standard citer melayu memang macam ni).
Sedar tak sedar, Ikram atas katil dengan hanya berselimut (aww! sungguh seksa di situ) dan Yatt baru lepas keluar bilik air
Tak lama kemudian, si Yatt mendakwa dia telah terpregnant dan memaksa Ikram mengahwininya. So dalam situasi yang terpaksa, Ikram pun berkahwin dengan Yatt.
Sepanjang berkahwin, Ikram langsung tak menyentuh isteri dia, bahkan dia tidur di ruang tamu setiap malam :P. Tak lama kemudian, Yatt jatuh sakit dan sewaktu dia terlantar itulah Shahira mendapat tahu bahawa Yatt sebenarnya tak pernah mengandung dan tak pernah 'tooot' bersama Ikram
di saat2 Yatt hendak menghembuskan nafas, dia minta Shahira bacakan surah Yasin, dan dia mintak Ikram pegang tangannya sambil dia satukan bersama tangan Shahira
pertama kali saya kagum dengan lakonan Ikram..sedar tak sedar dah meleleh2 air mata :P
5 comments:
ku tengok tajuk jer dan baca info jer, nak tengok fikirkan abis kul 10, dari sakit hati tak dapat tgk sampai habis baik tak payah tengok langsung.
(konon-konon nak tidurkan anak aku awal laa, rupanya kul 11 jgk dia lena)
macam ala2 cite Dua Hati je.. kekeke.. tp ni versi pendek la..
Mama Adib,
rugi besar tak tgk tau..saya first time tergoda tengok ke'macho'an hero dalam citer tuh :P
Yan,
dua hati? dua jiwa satu hati aku tau ler..nyanyian kumpulan Umbrella..ngeh ngeh
kalau ikram blakon kakak saya mesti xtinggai sbb dia kacak ha3...
Lia
setelah sekian lama baru kini saya akui kekacakan dia..:)
Post a Comment