Wednesday, March 25, 2009

Keadaan yang sungguh Lengai

Saya sepatutnya menghadiri kursus mengenai .NET di PJ pada hujung minggu ini, tapi disebabkan kelewatan menghantar borang dan minggu ini pula tiada sesi untuk CEO menandatangani sebarang dokumen, maka training saya itu terpaksa ditunda ke bulan May.
.
.
terasa agak lengai di situ
.
.
sewaktu menghadiri mensyuarat department semalam, kami semua telah dibasuh oleh ketua department kami (yang usianya muda setahun dari usia saya). Punca kami dibasuh tidak dapat dipastikan dengan jelas (sebab saya sendiri tak tau apa dan siapa punya angkara) dan saya rasa agak sedikit kecewa di situ..it's kind of feeling like when you are doing your job but you are being scolded without apparent reason??
.
.
sungguh lengai lagi di situ
.
.
saya sedang menyiapkan kertas kerja untuk ketua pejabat saya menilai pencapaian saya di sepanjang tahun lepas, dan hasilnya nanti akan diterjemahkan dalam bentuk pemberian bonus di hujung tahun. Proses menyiapkan kertas kerja ini begitu mengambil masa danmenyebabkan saya tak punya banyak masa untuk melawat laman blog "must read" yang tersenarai di laman blog saya :(
.
.
sungguh terasa makin lengai di situ
.
.
sewaktu sebelum lunch tadi, saya telah terpaksa membuat presentation tentang survey yang saya buat bulan lepas yang para hadirinnya terdiri daripada golongan majikan di syarikat saya. Tajuk survey itu tak perlulah saya nyatakan, tapi yang ingin saya nyatakan, saya langsung tak rasa gementar dan membuat presentation itu dengan perasaan penuh yakin!

agaknya ini mungkin disebabkan oleh faktor LENGAI yang saya hadapi sekarang.

dan hari ini juga merupakan sesi terakhir yang memerlukan saya mengajar buat kali terakhirnya untuk sesi 08/09, nak tahu apa feedback yang saya dapat dari salah seorang pelajar merangkap rakan sekerja saya selepas habis saya mengajar tadi??

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


"lecturer ini sesuai menjadi seorang reporter"

agak tidak releven di situ tapi komen itu telah mengurangkan sedikit tahap ke'lengai'an saya sekarang :P

9 comments:

BZmum said...

ketua ko tu mengalami pre-menopause kot.. hehe.. ada la tu yg kena cucuk ke atau tak kena..

btw, bolehla try jd lecturer bebetul plak :p.. tp gaji ciput je laaa..

miz_eda said...

BZmum,
mana nak tau gaji ko lagi banyak atau lagi ciput ?? :)

pokok pangkalnya keja musti ikhlas..ye dok??

::Umi Sufira:: said...

Mintak maaf nak tumpang tanya...LENGAI tu apa maksudnya?ekekeke..

sesemutku said...

mntk maap tumpang jwb
lengai = makngai = lemau
ye ke?? heheh pemahaman aku la...

aku pn mcm nk beralih arah jd lectrr...tp tu la...otak beku arrr

"pokok pangkalnya keja musti ikhlas..ye dok??"
ikhlas tp jauh...muahahaha...

cysev3n said...

lengai tu ala2 idle.. melahu.. kekeke..

mamaDhea said...

sib baik mimi dah tanye maksudnyer.. ;P

miz_eda said...

Uni Sufira,
penah dengar kandungan gas lengai tak?? dia ala2 wujud tapi seolah2 tak wujud

begitulah perasaan saya..huhu

Sesemutku,
opismate aku menyarankan bahawa aku lebih sesuai menjadi reporter, bukan lecturer..:P

Yan,
ye..kalau tak silap ayat ni aku dpt dr ko gak dulu..hehe

Hana said...

aku tak pernah tahu perkataan lengai tu efi. hari ni aku blajar perkataan baru. tq!

miz_eda said...

Hana,
kalau zaman dulu cikgu kimia aku suka sangat sebut perkataan nih

ada sedikit sangkut paut dengan gas..