bersempena hari Jumaat yang mulia ini, saya ingin berkongsi satu lagi petua..petua ini dinamakan petua tali pusat :)
saya mengamalkan petua ini terhadap kedua2 orang cahayamata saya, iaitu :
selepas sahaja tali pusat mereka tanggal (biasanya hari ke-5 hingga ke-10 kelahiran mereka), sila simpan tali pusat mereka di dalam satu bekas. Apabila mendapat cahayamata seterusnya, simpan tali pusat itu di dalam bekas yang sama, sehinggalah anda rasa dah tak larat nak mengandung lagi, bolehlah ditanam kesemua tali2 pusat itu di dalam lubang yang sama.
Petua ini saya dapat dari mak saya, bertujuan untuk mengelakkan anak2 anda dari bergaduh sesama sendiri, pendek kata, agar mereka sentiasa sepakat sesama adik beradik..
sekian
Friday, March 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
kena letak bekas yg sama ek? aku letak bekas asing2.. kah kah kah
takpe..janji time nak tanam nanti ko letak dalam satu lubang..
ye2 je aku kasik petua..;)
saya pon letak dlm bekas asing2.. adakah sbb itu juga anak saya seakan tak serasi bersama? huhu..
btw, salam drp saya.. ;)
MamaDhea,
salam perkenalan..:)
bekas lain2 takpe..saya sengaja taruk dalam satu bekas sbb takut hilang..
but waktu nak tanam nanti make sure tanam dalam lubang yang sama..
selamat mencuba :P
apakah?!!!
ku telah tanam awal2 lagi. bagaimana skrg? patut korek balik ke? sah2 dh mereput kan...iskkkk
bnyk tul petua ko eik...hehehhe...
aku pn ikut gak petua nie..balut dlm 1 balutan yg sama...lom cari kotak. stakat ni ank2 aku mcm serasi brsama..esok2 tak tau la kan.
ko adik bradik cemana kesannya?
oh camtu kah?
mana pulak saya letak tali pusat diorg dulu :(
ye betul, aku telah pun menanam kedua-dua talu pusat anak aku. dengan anggapan, tiada no 3 :D
m-i-o,
tak dapek den nak nolong gali aih! nampaknya kena tunggu giliran anak no 2 dan seterusnya..
tengok menjadi ke tak menjadi..hehe
aku,
adik beradik aku 7 org weh..beza yang sulung dgn yang bongsu (aku lah tu) adalah bersamaan dengan 11 tahun..
rasanya tak sempat nak ditanam sama2 kot? hehe
MN,
masih ada harapan kalau belum di tanam..kalau dah tanam tak dapek la nak nolong dah..
Hana,
oh 2 sajakah? tp anas & amani tu mmg nampak ciri2 adik & abang yang penyayang..:)
kah kah ku siap sms en hb tanya kat mana tali pusat adib.
sik baik dia simpan lagi, leh la nanti simpan bersama adiknya
Mama Adib,
nasib baik masih ada!
Salam perkenalan...
Sha pun simpan tali pusat anak-anak dlm 1 bekas.. Simpan dlm bekas tuam.. Ada akwan tuh.. habis semua keturunan dia simpan.. dari anak kakak2 dia sampaila anak dia. ada dah 15 tali pusat dlm 1 bekas tuam...
Jemput ke blog saya.. ada kidsware... Mana tahu ada yang berminat nak sambar ...
http://little1store.blogspot.com
Sha,
salam kenal..:)
oo..tak perlu ditanam ke? cemana ye rupa bentuk bekas tuam tu? yang mcm bunjut tu ek?
ok, ada masa saya terjah, tq for the invitation :)
miz_eda,
saje nak tambah satu petua yg saya penah dgr berkaitan tali pusat budak nih..
klu anak demam teruk, rendam tali pusat & bg anak minum air itu.. err, tp saya tak penah cuba.. hihi..
Post a Comment