Para2 pembaca sekelian
Sila lihat gambar di bawah (yang bertanda)
ianya merupakan resit senarai barang2 yang telah dibeli oleh pembantu rumah saya sewaktu menyertai kami shopping sambil pejam mata di Giant tempohari. Awal2 lagi saya dah siap pesan kepada bibik
"bibik nak ambil apa2 pun boleh, tapi nanti saya potong gaji"
sepantas kilat, bibik saya memilih dan memasukkan barang2 yang hendak dibeli ke dalam troley.
Hari ini, saya bercadang untuk memindahkan duit di dalam akaun saya ke dalam akaun bibik untuk membayar gajinya di bulan ini
Masalahnya, Mr Hubby seakan2 tidak bersetuju bila saya menyatakan hasrat untuk hanya memasukkan RM327 (disebabkan keseluruhan jumlah harga barang yang di beli oleh bibik saya tempohari adalah bersamaan RM73). Dia tetap bertegas untuk menyuruh saya memasukkan RM400 kerana tidak mahu timbul issue dikemudian hari kerana ianya melibatkan duit gaji orang. Lagipun, dia kata apalah sangat nak dibandingkan RM70 tersebut jika dilihat dari sudut positif dia menjaga anak2 sewaktu ketiadaan kami di rumah
Persoalannya, sedari awal sudah saya nyatakan kepada bibik bahawa dia boleh ambil apa yang dia mahu dengan syarat saya akan memotong gajinya
tambahan lagi, barang2 yang dibeli bukanlah termasuk dalam kategori barang2 keperluan, contohnya Fair & lovely, Losyen safi, syampu rejoice, tuala wanita yang mempunyai sayap (even saya pun pakai yang takde sayap!), sabun badan dettol dan rexona!. Pada saya itu semua sudah lebih dari keperluan dan tidak termasuk dalam skop majikan untuk memastikan pembantu rumah mereka dibekalkan dengan barang2 sebegini.
saya rasa tetap ingin dengan keputusan untuk hanya memasukkan RM327. Bukan nak berkira tapi saya dah nekad tak nak bagi muka lagi..
what do you people think??
Tuesday, March 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
setuju bayor 327 ajor.
tak leh terlalu baik looo. ini pendapatan aku he he
Salam singgah... =)
Pada saya lah, disbbkan awal2 u dah state bahawasanya nak potong gaji, u berhak potong gaji, sbb dia dah acknowledge... Kiranya, dia mengambil brg2 itu, atas kesedaran yg dia beli dgn duit sendiri, tak gitu?
Saya tak pernah bawa maid shopping, saya beli & beri benda2 basic ajer kat dia. Phone charges pon saya tanggung. Tapi, sejak akhir2 nie saya perasan lama sgt dia bergayut kat phone + service charges yg agak mahal utk transfer duit kpd keluarganya. So, kami start tolak sket harga service charges dari gajinya.. Itupon, atas persetujuan bersama dgn hubs...
Apepon, better u diskas baik2 dgn your hubby... ;)
hmm, klu tak potong takpe kot.. ada btolnya juga ape yg ur husband ckp tuh.. ke ada isu lain yg sebabkan awak nekad tak nak bagi muka lagi?
apepon, better diskas semula dulu bebaik dgn asben..
Mama Adib,
itu lah..kekadang tak semua kebaikan itu bakal di balas dengan kebaikan. Jadi saya sebulat suara dengan keputusan memotong gaji maid saya pada bulan ini sebanyak RM73
Terima kasih! :)
Mummy HnH@arnie ,
salam kenal gak :) lepas peristiwa dapat tahu dia buat hal dengan anak2 dulu, kami tak penah bawak dia shopping, but hr tu terpaksa ajak sbb ingatkan lepas tu nak singgah karnival jom heboh..kesian plak bila tgk dia asik belek barang2..
Now, hubby leave it to me to decide..so am gonna proceed with what I have mentioned before :)
lastly, thanks for the idea..really appreciate it!
MamaDhea,
thanks for the opinion, mmg dulu maid saya penah buat hal, waktu tu kami mmg selalu bg muka, bg dia guna phone utk buat phone call ke Indon, bg dia duit poket (sbb waktu tu under probation), tlg top up prepaid handphone, last2 dpt tahu dia penah pukul and herdik anak2..lepas pada tu kami basuh dia cukup2..siap rampas handphone etc, so skang dah nampak sikit perubahan, kalau boleh serik nak bagi muka lagi sbb tanak sejarah lama berulang kembali..
pelik ek. apsal kebanyakan maid musti mau beli itu fair & lovely? musykil... musykil...
aku pun rasa, ko tolak je. takut lepas ni, dia tau ko tak tolak, dia amik lagiiii banyak.
Hana,
sumer tu pengaruh iklan ler..as one way untuk mencerahkan kulit..nak cucuk vitamin C tak mampu kot..:P
yup, lagi la plak jenis bibik aku ni bukan jenis orang yg reti nak berbudi bahasa..
berdasarkan ingatan lia psl cter maid u ni.... tolak jer la gaji dia... (err pendendamkah aku??) sbb xslh pon tolak sbb da bgtau awal2.. lain la kalau dia SGT bagus xpnh wat apa2 kat anak2 kan...
Post a Comment