Thursday, March 5, 2009

Petua dari bonda untuk yang bergelar bonda-bonda sedunia

Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ini ada satu petua dari ibu saya email yang di forward kepada saya :P

1. setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 ubun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2. membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3. bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insyaAllah kesannya akan anda dapat dilihat sendiri.

Selamat mencuba....

6 comments:

MS said...

trima kasih berkongsi

~Umi.Sufira~ said...

Saya pernah baca jugak yang ini..kadang buat kadang tak buat..kekeke...langsung tak konsisten:P

miz_eda said...

Mama Adib,
Sharing is caring..tak gitu?? :)

Umi Sufira,
practise makes perfect..hehe

m-i-o said...

malam td kubersungguh2 nk buat.
tapi...terlelap. buleh? isy...

miz_eda said...

m-i-o,

bukan ke esok malam masih ada..selamat mencuba okeh!

MS said...

ku sebenarnya sangat susah nak buat part doa2 time anak tidur ayam tu, sbbnya mesti ku yang terlena dulu keh keh