Monday, March 2, 2009

Sesat di pangkal jalan kereta

Saya ingin bertanya :-

pernahkah anda mengalami situasi sebegini..kereta anda diletak di kawasan letak kereta, dan bersebelahan kereta anda terdapat lagi sebuah kereta yang sama dari segi warna dan jenis

sewaktu menghampiri kereta anda, anda cuba menekan butang unlock tetapi ternyata kereta yang anda hampiri itu tidak berbunyi sama sekali. Dalam masa yang sama kedengaran bunyi alarm kereta yang berdekatan menandakan kereta itu juga telah di unlock pada waktu yang sama

anda cuba lagi menekan butang unlock dengan harapan anda boleh membuka pintu kereta yang anda hampiri itu (dengan tidak mempedulikan bunyi alarm pada kereta berhampiran)

setelah di amat-amati, baru lah anda perasan bahawa rupa2nya anda telah tersilap memilih kereta..rupa2nya kereta anda cuma terletak bersebelahan dengan kereta yang anda hampiri itu..

ps: insiden ini betul2 terkena pada batang hidung saya sewaktu bergegas pulang dari meeting di tempat user pada petang tadi..tersengih2 saya menghampiri kereta sendiri dengan harapan takde mata yang memerhati..

sungguh haru bukan? nasib baik kereta2 di situ tiada perasaan, kalau tidak sah2 semua kereta membunyikan alarm masing2 untuk mengetawakan saya

7 comments:

Ms Lola said...

errr,.. tak pernah. mmg haru! :P

BZmum said...

kalo ko pakai kunci, keta tu pakai alarm lagi haru.. tak menjerit kete tu.. hehe.. aku tau ko mmg kalut..

~Umi.Sufira~ said...

Kekeke...efi kelakarnya buleh silap kereta ek!Adik saya pernah dah masuk kat dalam kereta siap2 tengok driver lain..kekeke..

MN said...

tak pernah lagi...

MS said...

keh keh, sabar je laa

Hana said...

muahahhaha lawak efi weh!

miz_eda said...

ML,
memang haru..tak pernah2 dibuat dek orang!

BZmum,
sungguh ku terharu dengan kekalutan ini..maklumlah dah pukul 5:40pm lagi la bertambah kalut nak balik umah..

Umi,
ok lah tu..nasib tak di bawak lari oleh driver ittew..

MN,
nampaknya kesilapan saya itu bukanlah calang2..:P

Mama Adib,
tau takpe..hehe

Hana,
tu lah..lawak tak bertempat